Sunday 10 August 2014

Penyebaran Islam di Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog kami. semoga sihat selalu :) . Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang PENYEBARAN ISLAM DI MELAKA...

ADAKAH ANDA INGIN TAHU??

EEEMMM NK TAHU KE??

CUBA ANGGUKKAN KEPALA SIKIT....

OKLAHH.. MARI KITA LIHAT MAKLUMAT DI BAWAH

 Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah :

  •  Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad    ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
  • Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
  •  Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam :
·    Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
·  Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan          hal-hal agama.
·    Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
·   Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang      
    mengarang kitab Insan Al-Kamil.
·    Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
·    Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
·   Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan     pentadbiran.

No comments:

Post a Comment