Friday 29 August 2014

Kejayaan Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog kami. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih setia membaca blog kami yang bersahaja ini... Pada hari ini kami ingin berkongsi maklumat tentang KEJAYAAN MELAKA....

ANDA INGIN TAHUU??
EMMMM......
MARI...
MARI...
MARII..
LIHAT...

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Hah!! bagaimana dengan maklumat di atas?? OK TAK?
INGINKAN maklumat LAGI??
TERUSKAN BERSAMA KAMI LAGII...
pada masa dan waktu yang lain....

Saturday 16 August 2014

Kegemilangan Kesultanan Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog kami. jika minggu lepas kami kongsi maklumat tentang penyebaran islam dimelaka TAPI minggu ini kami akan berkongsi maklumat tentang KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA...

MARI KITA LIHAT DI BAWAH !!!

 Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.


SEKIAN HANYA ITU SAHAJA MAKLUMAT YANG KAMI PEROLEHI..
KAMI AKAN KONGSIKAN LAGI MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MELAKA PADA MASA YANG AKAN DATANG.........

Sunday 10 August 2014

Penyebaran Islam di Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog kami. semoga sihat selalu :) . Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang PENYEBARAN ISLAM DI MELAKA...

ADAKAH ANDA INGIN TAHU??

EEEMMM NK TAHU KE??

CUBA ANGGUKKAN KEPALA SIKIT....

OKLAHH.. MARI KITA LIHAT MAKLUMAT DI BAWAH

 Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah :

  •  Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad    ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
  • Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
  •  Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam :
·    Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
·  Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan          hal-hal agama.
·    Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
·   Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang      
    mengarang kitab Insan Al-Kamil.
·    Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
·    Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
·   Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan     pentadbiran.

Tuesday 5 August 2014

Keistimewaan Melaka

KEISTIMEWAAN MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog kami. Hari ini saya ingin berkongsi tentang keistimewaan Melaka. Adakah kamu semua tahu tentang keistimewaan Melaka dengan lebih mendalam lagi?  Mari kita tengok sebanyak sedikit keistimewaan Melaka dan selain itu kita juga boleh mengetahui tentang negeri Melaka. 

                                        

      Kedudukan Geografi yang Strategik : 
        Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau.
 Pemimpin yang Berwibawa :
       Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.
      Peranan Dan Pengaruh Agama :
        Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.
      Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :
        Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.
      Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :
       Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.
     Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :
       Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

      Pengurusan Perdagangan yang Cekap :
            
                                          
     Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran.
     Kemudahan di Pelabuhan Melaka :
     Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.
     Sistem Cukai yang Berkeutamaan :
       Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.
     Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :
      Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.
     Peranan Orang Laut :
      Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.
     Perlaksanaan Undang-undang :
      Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Monday 4 August 2014

Peranan Sultan dan Peranan Pembesar Serta Kawasan Pegangannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Hari ini mari kita sama-sama bincangkan tentang peranan-peranan sultan dan pembesar.

Peranan Sultan 
  • Lambang perpaduan kaum
  • Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
  • Menyelaras Kegiatan-kegiatan ekonomi
  • Melantik pembesar negeri
  • Mengetuai angkatan tentera
  • Mengetuai hubungan diplomatik 
Peranan Pembesar Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan


  •             Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik, jujur dan bijaksana 
  • Mereka bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka  
 Pembesar Dan Kawasan pegangannya



  •      Satu cara digunakan oleh sultan untuk meningkatkan sokongan pembesar adalah memberi kuasa kepada mereka untuk mentadbir satu kawasan yang tertentu

Saya harap para pembaca baca dapat memanfaatkan ape yang saya kongsikan sebentar tadi.Singgah lah lagi ke laman blog saya pada masa akan datang ye? banyak lagi informasi yang menanti anda.



Sunday 3 August 2014

Sistem Pentadbiran Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang sistem pentadbiran Melaka, saya ingin menceritakan sikit demi sedikit tentang sistem di Melaka...

Anda ingin TAHU???

Mari Ikut SAYA!!


Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Saturday 2 August 2014

Asal Usul Nama Melaka

Assalamualaikum dan selamat datang kepada pembaca yang sedang melayari blog saya ini.Pada hari ini saya ingin berkongsikan bagaimana melaka mendapat nama iaitu dari pokok melaka pada satu ketika itu berlaku kejadian yang aneh sekali.

  Anda semua ingin tahu? ingin tahu tak?ingin tahu?mesti anda semua teruja hendak tahu kan?hehe..baiklah..Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok.Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menama kan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.Mari kita lihat satu video khas untuk pembaca sekalian.



Friday 1 August 2014

Zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.Hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca semua.Siapakah pengasas kesultanan kerajaan melayu melaka.Pembaca semua pasti tertanya-tanya apa nama pengasasnya dan bagaimanakah rupanya kan? baiklah..mari kita lihat bersama- sama. Jeng! jeng! jeeeng!

Gambar di atas ini hanya ilustrasi dari pelukis sahaja.walaubagaimanapun,ia tetap dapat memberikan gambaran kepada pembaca.betul tak?
  Nama Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ini ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara.Oleh itu, Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya. Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Disebabkan kejadian pembunuhan Temagi,Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.Dengan ini terbina lah satu Kerajaan yang diberi nama melaka dan diasaskan oleh parameswara.Setelah apa yang telah saya terangkan sebentar tadi.saya harap pembaca semakin jelas tentang biodata pengasas kesultanan melayu melaka.