Tuesday, 23 September 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Hye korang ! Kita berjumpa lagi di sini :) Kali ini kami nak cerita sedikit tentang pengaruh zaman kesultanan melayu melaka terhadap kerajaan Perak Dan Pahang..
                                                                                                                     
 
Perak
kewujudan zaman Bukti kesultanan melayu perak
      
1.    Artifak
·      Penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan gua badak di lenggong,gua kerbau disungai siput dan gunung churau di Ipoh.Terdapat juga catatan dalam Sulalatus Salatin tentang kewujudan kerajaan tua di perak seperti beruas dan dinding.
      2.    Asal usul nama :
·   Perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama “Gangga Negara”yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 dikawasan beruas atau manjung,Perak. Nama Perak dikaitkan dgn logam perak. Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir - nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
     3.    Pengasas Kesultanan Perak
·    Ketika Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau dan Baginda mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Sultan mempunyai tiga orang putera, bernama Raja Alauddin Riayat Shah, Raja Mudzaffar Shah dan Raja Ahmad Shah. Yang sulung telah mendirikan Kesultanan Johor, sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan ditabal menjadi sultan. Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melaka.
4.    Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak :   
·       Kesultanan Perak diasaskan.
·      Tun Saban hadap Sultan Mahmud Shah - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
·      Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
·       Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
·       Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
   5.    Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
   6.    Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak.
   7.    Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
   8.    Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
   9.    Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
   10. Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
    11. Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
    12. Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
     13. Siam menyerang Perak beberapa kali.Perak tewas.
     14. Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
     15. Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.
   16. Tindakan Siam tidak terhasil apabila British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.Harus    berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
     17. Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.


Pahang

              

      1.    Asal usul nama :
·        Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahang.
·    Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang.
·        Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
·    Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
·        Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
    2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
      3.    Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
      4.    Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
      5.    Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, – Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
      6.    Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
      7.    Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah. 
      8.    Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.